News!!

10 Tips Mudah Meringankan Bagasi Mengembara Anda

Melancong ke sebuah negara memang memerlukan perancangan yang rapi bermula dari persiapan sehinggalah kembali ke tanah air. Dengan perancangan yang bijak, kita mampu untuk membuat penkjimatan yang maksimum. Antara perkara yang kita terlepas pandang ialah lebihan muatan di dalam bagasi sehingga kita dikenakan caj yang di luar jangkaan kita. Kami kongsikan tips terbaik untuk mrngatasi masalah ini.

Image may contain: people sitting

10 TIPS BAGI BEG TRAVEL 10 KG LEBIH RINGAN
Jangan sampai kena bayar lebihan muatan bagasi anda!

Pada zaman ekonomi meleset ini memang semakin banyak syarikat penerbangan yang tidak memberikan saiz bagasi yang besar. Kebanyakkannya memberikan sekitar 20-23/27 kg

Malah tambahan bagasik sahaja sebanya 5kg bagi Syarikat Penerbangan Emirates sahaja boleh mencecah RM1,000

Oleh itu penting utk kita tahu bagaimana untuk mengembara dengan bagasi yang lebih ringan.

Penerangan ada pada setiap foto, jangan malas membaca kerana ia bakal merugikan kita.

Dah baca jangan lupa share juga agar lebih ramai yang beroleh manfaat

Tips travel ini di bawa oleh www.rarecation.com

No automatic alt text available.

TUALA

Antara yang paling tebal dan makan ruang, tapi untuk mengembara boleh ambil microfiber travel towel yang sangat nipis tapi masih menyerap air dengan baik, agak mahal sedikit dan boleh mencecah harga ratusan ringgit tetapi BERBALOI untuk dimiliki.

No automatic alt text available.
BUANG PAKAIAN TEBAL

Seluar jeans, baju kait-kait tebal seinci jangan dibawa buat berat beg sahaja. Lebih baik bawa baju yang nipis, jika ke negara sejuk, tipsnya jangan bawa 1 baju yang tebal tetapi bawa baju nipis yang boleh tahan sejuk seperti Uniqlo Heat Tech dan pakai berlapis-lapis.

No automatic alt text available.
JAKET TEBAL JANGAN BAWA

Faham pi tempat sejuk takkan tak bawa jaket kan, jangan risau terdapat banyak jaket yang boleh tahan sejuk tetapi tidak begitu tebal seperti jaket dari brand NORTHFACES, uniqlo, dan lain-lain.

No automatic alt text available.
BAWA BAJU 3-4 HARI SAHAJA

Walaupun kita akan mengembara sehingga 10 – 15 hari tapi bawa baju untuk 3-4 hari sahaja. Jangan risau cari sahaja penginapan yang menyediakan perkhidmatan dobi.

Bila kita bawa baju yang sedikit juga memudahkan kita nak bergerak dan cari baju baru di sana.

No automatic alt text available.
BAWA BEG YANG KECIL

Tips yang paling penting, terus siap siap bawa beg yang kecil saiz optimum antara beg 20 inci – 24 inci. Bila beg kita dah kecil secara automatik kita akan menjimatkan jumlah pakaian dan barang yang kita bawa.

Image may contain: 1 person, text
PAKAI TERUS

Bagi yang terpaksa bawa juga jaket yang tebal sedikit terus pakai dari simpan di dalam beg. Jimat ruang dan menjadi selimut di dalam penerbangan. Lagi-lagi bila melibatkan penerbangan jangkamasa yang lama.

Image may contain: food
GULUNG

Belajar teknik gulung baju, kerana bila kita gulung berbanding lipat kita boleh dapat manfaatkan ruang yang lebih baik di dalam beg.

Image may contain: text
BAWA YANG KECIL

Jangan bawa syampu/sabun stok satu keluarga punya, bawa yang kecil dan nak lagi jimat beli sahaja di destinasi kita nanti.

No automatic alt text available.
SEMAK JANGAN TAK SEMAK

Ini juga paling penting kerana Airlines sering juga mengubah jumlah berat luggage yang diberikan. Ada yang 20 kg, ada yang 30kg tapi 1 beg sahaja, ada yang 23 kg tapi boleh lebih dari 2 beg, jadi sentiasa semak ketika pembelian dan sebelum berlepas.

No automatic alt text available.
SIAPKAN SENARAI SEMAK

Ini perkara wajib ,baru lah kita tidak bawa 1 ALMARI ketika mengembara. Kita juga lebih tahu berapa helai pakaian dan jumlah barang yang dibawa. Senarai semak juga memudahkan kita untuk menyemak jika ada barang yang hilang sebelum pulang ke tanah air.

Tips ini dibawakan khas untuk anda oleh: www.rarecation.com

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: